Pengikut

FADHILAT

KELEBIHAN TAYAMMUM


Tayamum adalah merupakan salah satu nikmat yang paling besar yang dianugerahkan hanya kepada umat Muhammad SAW:
“ Aku diberi lima kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada seorang pun sebelumku. Aku diberikan pertolongan di mana musuh berasa gentar (takut) sebulan sebelum peperangan, seluruh muka bumi dijadikan bagiku sebgai masjid dan alat untuk bersuci. Oleh itu, mana-mana umatku yang menepati waktu, dia bolehlah terus solat di situ….”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Tayamum adalah merupakan bentuk pengabdian diri kepada Allah dengan kaedah-kaedahnya yang tertentu berdasarkan dalil-dalilnya.
Amr bin Syuaib R.A berkata, ayahnya pernah mendengar daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“ Bumi ini dijadikan bagiku sebagai masjid(tempat solat) dan alat untuk bersuci jika tiada air. Oleh itu, di mana saja aku mendapati waktu solat telah masuk, aku akan menyapu (bertayammum) dan terus solat”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Huzaifah R.A berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“ Kita ada tiga kelebihan berbanding umat yang lain, iaitu saf-saf kita kelihatan seperti saf para Malaikat, seluruh bumi boleh dijadikan masjid (tempat solat) dan tanahnya boleh dijadikan alat untuk bersuci apabila kita tidak menemui air.”
Hadis riwayat Muslim.

Firman Allah Taala:Ibnu Jarir AT-Thabari berkata :Maksud ayat di atas ialah Allah tidak ingin menyusahkan kamu terhadap kewajipan berwuduk setiap kali kamu ingin solat dan mandi junub setiap kali kamu berjunub. Tayammum menggunakan debu tanah yang suci ketika kamu tidak mendapati air supaya tidak menyusahkan kamu, sentiasa beristiqamah mengamalkan syariat agama walaupun dalam kesempitan supaya kamu tidak sentiasa berada dalam kepayahan.

 Hikmah disyariatkan bertayamum


Menghilangkan kepayahan dan kesulitan
Firman Allah Taala:
“Allah sama sekali tidak ingin menjadikan sebarang kesulitan bagi kamu (dalam mengamalkan agama)”.
Ibnu Jarir AT-Thabari berkata :
“Maksud ayat di atas ialah Allah tidak ingin menyusahkan kamu terhadap kewajipan berwuduk setiap kali kamu ingin solat dan mandi junub setiap kali kamu berjunub. Tayammum menggunakan debu tanah yang suci ketika kamu tidak mendapati air supaya tidak menyusahkan kamu, sentiasa beristiqamah mengamalkan syariat agama walaupun dalam kesempitan supaya kamu tidak sentiasa berada dalam kepayahan.

Sesungguhnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW tidak seharusnya mensia-siakan keistimewaan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kita kita semua. Bersama-sama kita menjaga amal ibadah kita agar sentiasa diterima oleh Allah Taala. Amin.
Sesungguhnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW tidak seharusnya mensia-siakan keistimewaan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kita kita semua. Bersama-sama kita menjaga amal ibadah kita agar sentiasa diterima oleh Allah Taala. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan