Tayammum.....?
PENGENALAN :
DI SEBALIK DEBU KEHINAAN ADA KELEBIHAN
Tanah yang kita pijak setiap hari adalah simbol kehinaan dan kerendahan di mata kita. Debu yang berterbangan sangat menyusahkan kerana ia menyebabkan perabot kotor dan terjejas. Demikian gambaran kedudukan debu dan tanah yang berada di sekeliling kita. Kerana itu, apabila Allah SWT mensyariatkan tayammum menggunakan debu sebagai ganti air, ia adalah satu tarbiah Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya supaya sentiasa sedar kedudukan mereka.
Dalam keadaan biasa, tiada siapa pun yang berfikiran waras akan meletakkan tanah ke mukanya. Tetapi, tanah yang hina ini terpaksa diletakkan di muka dan tangan yang mulia demi mematuhi arahan Allah SWT.Ia juga sebagai peringatan bahawa setinggi mana pun darjat kedudukan dan betapa banyak harta kekayaan, kita semua berasal daripada tanah yang hina juga.
Oleh itu, insafilah diri dan jangan sekali-kali melampaui batas ketetapan Allah SWT.
Mari Kita Berdoa
Kawan-kawan.....
sebelum kita belajar mari kita membaca doa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan